Friday, 14 February 2014

Kayap

Pernah dengar tak pasal penyakit kayap? Penyakit ni macam ada aura misteri kot. Kalau sebut mesti orang macam "ha!!! Kena kayap???" sambil tunjuk muka ngeri. Dia punya reaction tu macam orang bagitahu esok nak kiamat. *Ok. Hyperbola je*

Sesapa yang tak tahu kayap tu apa rajin2 la google cari ye. Taip je 'penyakit kayap', nanti pakcik googe akan keluarkan senarai karangan berkaitan kayap.

Sebut pasal kayap. Sebenarnya sebelum ni che su dah pernah dengar pasal kayap. Tahu la sikit2 yang dia berkait dengan kita punya saraf dan boleh bawak maut. Tapi che su tak pernah tengok rupa penyakit tu macam mana. Che su ingatkan dia sakit yang kita tak nampak. Macam kanser. Rupanya.... Ia sangat mengerikan...

Kisah sebenarnya che su terkena kayap ni. Mula2 che su ingatkan kena gigit charlie tau. Sebab kesan dia macam kena charlie. Che su perasan kewujudan nya hari Rabu. Jadi hari Khamis tu che su gagahkan lah kaki pergi jejak pusat kesihatan. Sebab tak tahan sakit tambah che su geli tengok dia punya rupa berbintil-bintil dan sebab dia merebak ke kawasan lain.

Bila che su tunjuk kat doktor, beliau macam terkejut sambil berkata "Awak kena kayap ni." Muka doktor macam bimbang je masa sebut tu. Che su pulak tersengih-sengih je macam tiada apa yang berlaku pasal tak tahu nak bagi tindak balas macam mana.

Jadi doktor pun bagi ubat telan ngan sapu. Ubat dia. Perghh!!! Kena sapu paling kurang 5 kali sehari dan wajib telan 2 biji 4 kali sehari. oh no!!! This is no joke! *pengsan*

Masa hari pertama dengan kedua che su kena kayap ni tak rasa apa sangat. Sakit tu memang sakit la. Tapi tak de la macam pharmacist tu cakap akan rasa panas, sakit, rasa terbakar, demam, sakit kepala bagai. Che su siap berlagak kat kawan che su cakap tak sakit sangat punnnnn.

Masuk hari ketiga baru terasa 'azabnya'. Tak tahu nak terangkan macam mana rasa dia. Kau demam. Kau rasa kau sejuk tapi badan kau panas. Kau nak pakai sweater tapi kau berpeluh kau rasa rimas. Kau lenguh duduk tegak tapi kau tak selesa nak bersandar. Kau pening nak baring tapi bila baring kau rasa tak selesa. Kau nak tidur tapi kau terasa macam gelembung kayap kau macam nak pecah.

Argh! Memang seksa.. Memang seksa... ni baru 3 hari. Esok lusa tak tahu la jadi cemana. Katanya makan masa seminggu dua jugak nak recover. Hailoh. Doktor tak boleh ke bagi mc panjang siap2?  Boleh che su kemas barang beli tiket balik kampung.

Merana oiii bila sakit pastu duk sorang2...

*foreber alone*


Monday, 10 February 2014

sunyi

I hate this feeling of rasa sunyi.
Rasa macam nak cakap dengan seseorang buat finally I found no one yg sesuai to talk to. *sigh*
It really depressing u know.
When u hope someone beside u but when u turn around u found out that u are alone.
You feel like u want to cry but really it change nothing.
U still alone.

I hate the feeling of being alone.
I wish to be home right now but I have no money anymore to purchase the tickets.
Really. the feeling becomes really complicated.
U are alone. u have no money. and u have no one to talk to.
U feel depression.

Saturday, 25 January 2014

nukilan di suatu senja.

Kenapa hidup ini terlalu sukar.
Tidak banyak yang ku mahu.
Hanya ingin merasa secebis bahagia.
Namun mengapa bahagia yang diharap tak kunjung tiba.

Sunyi dalam hati ku.
Sepi rasa jiwaku.
Sendirian diri ku bersendiri.
Semuanya memandu kesedihan ke dalam lubuk perasaanku.

Aku tak mintak wang berjuta.
Tidak juga aku minta harta yang melimpah.
Cukup kebahagiaan kasih sayang dan ketenangan.
Namun semuanya bagai angan-angan.

Aku cemburu melihat mereka.
Berimej muslimah.
Berperibadi muslim.
Berhati nurani.
Berjiwa pengasih.
Ber tingkah laku sopan.
Budi bicara menyejukkan hati.
Penampilan menyedapkan mata memandang.

Sedang aku.
Jauh dari mereka.
Jauh panggah dari api.
Aku kasar dalam bertingkah.
Lepas dalam bicara.
Keras dalam membuat keputusan.
Oh. Berbeda nya aku dan mereka.

Cemburu itu hadir.
Aku juga ingin menjadi baik.
Baik menurut garis Allah dan rasul.
Namun mengapa begitu sukar?
Aku juga tak mengerti.

Bagaimanakah akhirnya perjalanan hidup ku ini….