Sunday, 28 July 2013
Friday, 26 July 2013
Peristiwa Jalan Masjid India
-Jalan Masjid India, Petang Jumaat
yang redup.
*bunyi siren
motor polis*
Polis
: Cik, cik tak boleh parking sini.
Che su : Iye
encik. Kejap-kejap. Saya tunggu orang kejap. Nanti saya call panggil dia.
Polis
: Sini bukan tempat perking cik. Sini laluan bas. Susah ni cik. Cik kena
alih kenderaan segera.
Che su : Iye
encik. Ye ye. Kejap je encik ye. (Sambil pegang henpon buat gaya nak call
orang.)
"tut
tut.. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini. Sila
tinggalkan pesanan selepas bunyi beep."
Che su : Argh.
Dah mana pulak ayah fithri ni.
*setengah/sejam
kemudian*
Che su
: Eh, tu motor polis kat belakang tu. Sudah, dia saman keta belakang.
Ibu Fithri :
Mana-mana?
Che su
: Tu kat belakang tu. Pah gano ni?
Ibu Fithri :
Che su jalan che su. Jalan ke depan sana. Tak pasal kena saman naty.
Dengan berbekalkan
separuh keyakinan dan tawakal kepada Tuhan, che su tekan clutch, masuk gear 1,
tekan minyak, lepas clutch slow-slow, masuk dalam crowd, tukar gear 2.
Monolog hati
che su : Argh, lampu merah pulak dah.
*Lampu isyarat
hijau*
Kereta mati
tiba-tiba. Gara-gara che su terlupa free gear dan nak jalan dengan gear 2.
Kereta
belakang dah tekan hon bertalu-talu. Ibu Fithri dah menggelabah. Che su masih
terkial-kial menghidupkan enjin kereta.
Ibu Fithri :
Bakpo ni che su?
Che su
: Dok eh. Saloh gear.
Traffic light
pertama berjaya dilepasi.
*Traffic light
kedua*
Che su
: Nak bereti mano ni?
Ibu Fithri :
Bereti tepi ni lah. Eh, tapi polis mari tu lek belakang tu.
Che su
: Gitu gak che su bereti depan lagi la.
Dan kejadian
enjin kereta mati tetap berulang berkali-kali. Hon yang bertalu-talu
dihadiahkan oleh kereta belakang kepada che su.
Monolog hati
che su : Relax boh. Kawe lama tak bawok keto.
*Traffic light
ketiga*
Che su
: Che su masuk lek kiri la. Cari parking tepi tuh.
Ibu Fithri :
Ho, try lah. Naty nak try telepon ayah Fithri.
Monolog hati
che su : Alhamdulillah...
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Macam kecoh je
kan che su ni. Padahal bawak keta je pun. Lebih kurang 1 kilometer je pun che
su bawak. Tapi, ye lah. Imagine che su dah dekat 2 tahun tak drive. Manual
pulak tu. Kalau auto boleh tahan lagi nak bawak. Masuk gear tekan minyak je. Ni
nak main dengan clutch, tukar-tukar gear lagi. Allah.
Alhamdulillah
che su berjaya bawak keta tu. Alhamdulillah tak kena saman dengan polis.
Alhamdulillah tak de polis tahan cek lesen ke apa. Sebab lesen memandu tak de
ngan che su. Ada kat Kelantan sebab hari tu nak mintak tolong akak che su kat
sana tolong renew. Tapi sampai ke hari ni dia tak sempat nak renew kan.
Apa pun, hari
ni penuh pengajaran. Syukur Allah bagi ketenangan. Akak che su cakap :
"Mujur
che su relax. Ibu gelabah dah."
Walhal
hakikatnya dalam hati jantung lub dup lub dup macam nak tercabut. Uhuk uhuk
uhuk. ^_^"
Semua ni sebab
Allah bantu la. Bayang kalau che su gelabah tengah-tengah jalan tu. Dengan
jammed nya tak payah cerita. Dengan polisnya duk ronda-ronda. Che su pun tak
tahu apa yang akan terjadi. Masa ni teringat cikgu memandu che su pernah pesan
:
"Awak
bawak keta awak tak yah caro la ko ore blake nyo. Awak fokus ko keto awak
jah."
Masa tu sama
la jugak. Keta mati tengah-tengah jalan kat traffic light. Masa tu sebenarnya
che su relaks je. Tak terfikir pun pasal orang belakang. Tapi agaknya cikgu tu
takot che su panik, dia pun cakap la macam tu. Ehee. Alhamdulillah Allah
senantiasa bagi ketenangan pada che su.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
*2.55 am*
Sampai rumah,
mandi, sahur, tulis entry.
Pukul 7.30
karang tidur.
...................................................................................................................................................................
Oke, sekian.
Wednesday, 24 July 2013
Bisnes, my new passion
Hamboih, tajuk bukan main, dalam
bahasa omputeh lagi. Tapi entry ni dalam bahasa ibunda je.
"Masuk u
nanti tengok la peluang nego kat sana. Perati gapo-gapo hak buleh jual, jual
la. Kalu nak boleh jah nak pos bare dari Klate nih."
Lebih kurang
macam tu la pesan diorang. Sebab che su bukan asal dari keluarga senang, jadi
meniaga ni kira alternatif la untuk che su cari duit buat tampung kos belajar
ngan sara hidup.
Jadi masa adik
beradik duk pesan tu che su macam "Ho, yo lah. Tengok la naty gano."
Che su tak
ambik serius pun. Sebab che su rasa macam malu kot nak meniaga-meniaga ni.
Tapi akak che
su dia dah stand by kan item awal-awal untuk che su. Sebelum che su pergi
daftar U, dia dah 'bekalkan' stoking Syria siap-siap suruh jual. Dia kata,
untuk pertama kali ni, modal dia tanggung. Kira nanti duit yang che su dapat
hasil jual stoking tu nanti boleh buat pusing modal. Che su masa tu duk
angguk-angguk kepala je cakap "ok ok."
So, masa
awal-awal tu, memang tak jalan langsung jualan stoking che su tu. Sebab che su
segan nak promote kat orang. Pastu tak tahu nak promote macam mana. Jadi che su
simpan je stoking tu buat
pekasam dalam almari.
Sampai la satu
hari, che su borak-borak ngan sorang kawan. Dia citer la stoking syria sekarang
ni susah nak dapat. So, che su saja cuba nasib. Cakap yang che su ada jual
stoking syria. So, mula dari situ la kot titik tolak che su mula meniaga. Kawan
che su tadi dia la yang tolong promote kata che su ada jual stoking.
Tapi masa ni
che su macam tak ambik serius lagi untuk meniaga ni.
Sampai la satu
hari, che su tengok dekat FB, ada jual baju muslimah yang che su berkenan.
Kalau nak dapat harga murah kena beli borong. So che su pun kalut la duk cari
orang ajak beli baju muslimah ni. Percaya atau tak, che su dapat sampai 70
orang. *Lap peluh kat dahi*
Dahsyat kan?
Che su pun tak sangka nak dapat seramai tu. Masa ni che su tak terfikir pun nak
ambik untung.
Bila che su
balik rumah masa cuti, akak che su tanya, "jual baju hari tu ambik untung
tak?" Bila che su cakap tak, akak pun macam membebel. Dia bitahu, rugi che
su tak ambik untung. Tak banyak ambik sikit pun tak pe. Cuba bayang kalau che
su ambik untung konon-konon RM4 hari tu. Pastu darab ngan 70. Tak ke jumlah dia
dah jadi RM280? Tak ke UNTUNG BERGANDA-GANDA tu??
Hasilnya che
su jadi berfikir panjang apa yang akak che su cakap tu. Fikir punya fikir, che
su pun pasang tekad, in sya Allah che su akan mula belajar meniaga.
Projek pertama
che su, jual baju muslimah pre-order. Sebab che su ambik untung, jadi harganya
up la sikit. Psiko orang kita, kalau dah harga cecah angka 3, bagi diorang
mahal. (Bagi che su pun sama. Hehe). jadi first projek che su ni kurang dapat
sambutan. Tapi Alhamdulillah, che su berjaya jugak dapat 28 customer. Dapat la
jugak untung sikit-sikit.
Walaupun macam
kurang sambutan, tapi Alhamdulillah che su tak rasa putus asa. Tambah che su
ada sahabat yang selalu support che su. Dia la yang banyak ajar che su tentang
bisnes ni.
Alhamdulillah
dan in sya Allah, masih dalam perancangan, lepas ni che su nak create page kot
untuk buat bisnes ni. Sebab che su tak suka bila wall FB che su peuh dengan
benda-benda niaga. Bimbang nanti ada friend yang annoy ngan kita kan. Sapa
tahu.
Tapi sume tu
masih dalam perancangan. Doa-doakan ye. In sya Allah.
p/s : Jangan
pernah malu untuk memulakan perniagaan. Kerana kata Baginda : 9 daripada 10
pintu rezeki adalah daripada perniagaan.
=Moga Allah
Redha=
Monday, 22 July 2013
Sakit yang teruji
*Malam, selepas Tarawih*
Mesin telah
selamat dipadamkan. Badan telah selamat terbaring di hamparan peraduan. Namun
mata tetap tak mahu terpejam.
Kesakitan yang
menjalar memaksa mata untuk terus berjaga. Terkelip-kelip ia memandang ke
bumbung rumah. Kesakitan itu, sungguh menguji. Badan menggelupur meronta-ronta
kesakitan. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Terkadang
bangun terduduk terbongkok dek kesakitan yang teramat sangat.
Mulut segera
melantun doa. Hati sentiasa mengulang-ulang niat. "Ya Allah ya Rahman ya
Rahim, ya Hayyu ya Qayyum, sembuhkanlah. Sembuhkanlah. Sembuhkanlah kesakitan
yang menimpa diri hamba ini."
Air mata
nyaris mengalir dek kesakitan yang teramat. Mata dipaksa untuk terpejam.
Telinga dipaksa untuk tertutup. Agar tak terlihat lagi kesibukan dunia. Agar
tak terdengar lagi kebisingan alam.
Dan
pemandangan pun menjadi gelap....
*1.30 pagi*
Mata celik
dengan tiba-tiba.Terasa ingin menunaikan hajat. Lantas tubuh diangkat dari
lambung tidur di bawa ke kamar mandi.
Usai urusan,
tubuh dibaringkan kembali. Namun mata dan minda tidak mahu bekerjasama dengan
baik. Mata menyuruh pejam, minda tidak menurut. Minda terlampau sibuk menahan
kesakitan. Tubuh pun terus terguling-guling turut sama menahan kesakitan.
Dan mata terus
terbuka.
*2.30 pagi*
Keletihan
melawan kesakitan. Kepenatan melawan ngantuk. Mata tetap juga tidak mahu
terlena. Tubuh diangkat sekali lagi di bawa ke kamar mandi.
"Bismillahirrahmanirrahim.
Sahaja aku mengambil wudhu' kerana Allah ta'ala."
Pintu tandas
ditutup. Lampu dipadam. Sejadah dihamparkan. Mukena disarungkan.
"Allahuakbar."
Dalam sujudnya
malam itu, seluruh tubuh bekerjasama merayu pada Dia yang maha Kuasa.
"Sembuhkanlah
ya Allah. Aku tak tertahan lagi untuk menanggung derita kesakitan ini.
Tolonglah ya Allah...."
Semoga
kerajaan langit mendengar rintihan seorang hamba yang lemah pada malam itu..
Sunday, 21 July 2013
Che Su dan Puding Karamel
Al-kisahnya, ntah mimpi apa abang ipar che su hari tu, dia teringin nak
makan pudding karamel atau nama lain dia puding gula hangus. Katanya kakak che
su, suami beliau tu memang ‘gila’ kan puding karamel.
Maka disebabkan che su pandai la jugak buat makanan bernama puding karamel
tu, abang ipar pun request kat che su mintak che su buatkan puding karamel
untuk santapan beliau. Che su pun iyakan aje la. Hajat orang, tak baik kita
hampakan. Ye dak? (Terpujinya sikap che su ni. Hakhak)
Setelah bermain tali beberapa ketika dengan perasaan sendiri yang berbelah
bahagi, maka semalam che su pun memulakan operasi ‘mengukus puding karamel’
khusus buat santapan abang ipar. (Ceyh!! Macam nak masakkan untuk suami aku je)
Namun memandangkan che su ni da lama tak ber’mesra’ dengan dapur gas serta
periuk belanga, maka keyakinan che su untuk puding ni menjadi dengan jayanya
setelah pertama kali cubaan adalah 50-50.
Ahhh!! Cakap banyak pun tak guna. Moh kita masuk ke dapur che su.
Tarikh : 21 Julai 2013
Masa kejadian : 9 pm
Kelihatan seseorang sedang mengendap-ngendap di kabinet dapur seperti
sedang mencari sesuatu. Lepas satu satu pintu kabinet dapur itu dibuka dan
ditutup beliau. Namun apa yang dicari masih belum ditemui.
Lantas beliau memanggil seorang kanak-kanak yang sedang makan biskuat tiger
harimau coklat cicah air oren di dapur tersebut.
"kak Fithri, tolong tanya ibu, loyang kat mana?"
Owh, rupanya
orang itu adalah che su. Beliau ingin memulakan projeknya yang tak seberapa;
"mengukus puding karamel hasil air tangan che su."
Loyang telah
dijumpai. Maka dengan penuh keyakinan, che su masukkan gula dalam loyang dan
meletakkannya di atas api. Tetapi, panas yang disangka sampai ke petang rupanya
hujan di tengah hari.
Gula yang
dimasak terlebih hangus dan tidak rata ke permukaan loyang. Che su sudah mula
menggelabah.
"Oh,
apakah yang harus aku lakukan?"
Loyang yang
hangus dibasuh, dan langkah yang sama diulang kembali. Namun kali ini memori
che su sudah mampu mengingat sedikit demi sedikit cara-cara membuat puding
karamel yang pernah dilakukan beliau sebelum ini.
"Oke
puan-puan. Nak buat puding karamel ni sebenarnya seeeeeeeeeeeeeeeeeeenang
sangat. Mula-mula kita panaskan loyang atas api. Bila dah agak-agak loyang ni
dah panas, kita taburkan gula sebanyak 1 sudu atau lebih. Memandangkan che su
cuma guna loyang kecik, maka che su hanya menggunakan 2 sudu gula sahaja ye. Oh
ye, jangan lupa ye puan-puan, pastikan gula tersebut rata ke seluruh permukaan
loyang. Jangan tuang gula macam kalian nak buat air teh pulak. Main 'cuah'
macam tu aje.
Jadi
puan-puan, bila gula tadi dah mula mencair, kalian pegang loyang tersebut;
pastikan pakai pengepit atau alas ye puan-puan, jangan kalian berpura-pura
gagah perkasa macam badang pulak nak main pegang macam tu je loyang tu; dan
ratakan gula yang mencair tadi bagi kena semua permukaan loyang. Perkara ini
penting ye puan-puan, untuk memastikan 'kuah' puding karamel kita tadi
'menjadi' dan juga puding karamel senang diterbalikkan nanti.
Oke, sekarang
kita dah selesai langkah pertama ye."
Ceh, macam pro
je gaya penerangan. Ntah hape-hape. Tapi kalau korang nak tahu, buat puding
karamel adalah benda paling senang dalam dunia ni. Umpama korang makan kacang
rebus yang korang beli di gerai pasar pagi.
Meh che su
citer sikit steps dia.
Mula-mula
masak gula macam che su cerita tadi. Make sure jangan sampai gula hangus tau.
Nanti tak sedap kuah karamel korang tu.
Lepas tu
korang panaskan air dalam pengukus. Pakai air paip pun tak pe.
Sementara tunggu air menggelegak,
korang amek blender, pecahkan dalam tu 10 biji telur, tuang 1 tin susu cair
(che su prefer guna susu Ideal), air 1 cawan (better pakai air masak), gula
secukup rasa. Dalam 7 ke 8 sudu dah ok kot. Nanti korang rasa la lepas siap
blend.
Lepas tu semua bahan-bahan tadi,
korang blend sampai betul-betul sebati. Kalau tak puding korang jadi kurang
'kick' dan rupa dia pun kurang cantik nanti. Dalam 5 ke 10 minit korang blender
tu, rasa la, manis tak korang punya acuan tu.
Ok, sekarang air dah mendidih,
bahan-bahan dah siap blend, apa lagi, startla kukus. Oh ye, bahan-bahan yang
di'blend' tadi tu, korang tuang dalam loyang yang ada gula yang korang masak
tadi. Pastu letakkan dalam pengukus.
Dah!! Boleh tinggal dalam 30-40 minit,
lepas tu datang la jenguk semula. Pastikan air dalam pengukus tak kering. Kalau
agak-agak dah nak kering, tambahla air panas baru. (Jangan tambah air sejuk)
*40 minit berlalu*
Ting!!!
"Baiklah puan-puan, mari kita
lihat puding karamel kita dah masak atau belum. Bagaimana ye nak tahu puding
karamel ni betul-betul masak atau belum? Kalau che su senang je. Che su ambil
pisau, cucuk dalam puding tu. Kalau dekat pisau tu tak de melekat bahan-bahan
dia, maka puding kita dah masak la tu maksudnya ye puan-puan.
Lepas tu, puan-puan tutup api, angkat
loyang berisi puding yang telah siap di masak tadi, dan biarkan sehingga sejuk.
Sementara nak tunggu sejuk ni, puan-puan bolehla buat pekerjaan lain dulu ye.
Nak pergi mandikan anak ke, nak pergi bersenam ke. Pergi lah buat apa-apa saja.
Dalam sejam lebih-lebih nanti, puan-puan datang lah balik tengok puding
puan-puan dah sejuk atau belum."
Letih pulak dah che su nak bercakap.
Oke, lepas dah pastikan puding tu dah betul-betul sejuk, korang ambik pinggan,
telungkupkan loyang atas pinggan tu.
Tada!!!
Siap dah puding karamel chef che su.
Marvellous tak? Ngehngehngeh.
Oke tipu. Tu gambar dari google.
Puding karamel che su tak de meletops macam tu sekali. Che su kan baru-baru je
nak belajar kenal dapur.
Alright!! Che su pun dah penat tulis
panjang-panjang. Sekian dulu ye kawan-kawan.
Daaaaa... *wave hand*
Tuesday, 16 July 2013
Sakit dan Kesakitan.
Secara logiknya tak de orang dalam
dunia ni yang nak sakit atau suka bila sakit kan. Tapi kadang-kadang ada jugak
'kes istimewa' orang-orang yang teringin nak sakit. *haish, manusia ni
macam-macam*
Tapi sakit tu
kemestian dan kewajipan bagi setiap insan normal. Kalau dari segi Islami nya,
sakit tu akan buat kita mensyukuri nikmat sihat kan. Macam hadis nabi yang
lebih kurang maksud dia macam ni : dua nikmat yang jarang kita
sedar/syukur/hargai ialah nikmat SIHAT dan MASA LAPANG.
Sungguh kan?
Bila kita sihat, kita lupa ak bersyukur dengan kesihatan yang Allah bagi kat
kita hari tu. Tapi sekali Allah bagi sakit, padahal sakit sikit je pun, kita
dah mula mengeluh. "aduh, sakitnya." "aduh, tak laratnya."
Bukan nak kata sapa-sapa la. Memang ni realitinya kita sebagai manusia. Malah
che su pun lebih kurang macam tu jugak.
Tapi
disebabkan 'sakit dan che su' dah macam isi dengan kuku -teman akrab yang tak
dapat dipisahkan- maka kadang-kadang che su bukan sengaja tak nak bersyukur
dengan nikmat sihat tu. Cuma che su tak sedar "owh, rupanya hari ni aku
sihat." Huhu.
Sekarang,
Alhamdulillah Allah selalu bagi merasa nikmat sihat. Dah lama che su tak
sakit-sakit. Sampai baru-baru ni, Allah uji sekali lagi. Allah hantar penyakit
baru pulak. Yang tak pernah jadi sebelum ni dan che su pun tak tahu apa punca
dia. Tapi dia punya sakit tu, kalau ikut stage kesakitan-kesakitan che su bagi,
che su letak stage ke-4. Pertama sakit beranak, kedua sakit senggugut, ketiga
sakit gigi. Dan keempat sakit yang tengah che su alami ni.
Che su sakit
apa? Yang tu biarlah rahsia antara Allah dengan che su. Tapi dia punya sakit tu
memang berbisa. Che su yang selama ni dah alah tegal biasa dengan penyakit pun
tak dapat nak tahan dengan sakit yang sekarang.
Tapi tu la,
bila dah sakit-sakit ni baru reti nak doa ikhlas kat Allah mintak sembuhkan.
Baru reti nak bangun solat tetengah malam yang sebelum ni memang liat nak buat.
Baru mulut ngan hati reti nak selalu istighfar mintak Allah ampun dosa dan
sembuhkan penyakit ni.
Sakit...Sakit...Sakit...
Dalam derita terkandung rahmah...
Monday, 15 July 2013
Apa Erti Perkahwinan bagi Seorang Kanak-kanak
Hari tu kak Fithri (anak saudara
sulung) tanya che su :
"Che su
ni bila nak kawen?"
Hari ni kak
Fithri berbicara lagi tentang perkahwinan che su :
"Che su
nanti dah kawen, pastu dapat anak, nanti anak che su panggil mama. Mama tu
macam umi."
"Kenapa
panggil 'mama' kak Fithri?"
"Sebab
che su muda lagi."
Dan che su pun
terguling-guling tak dapat menahan ketawa.
Sunday, 14 July 2013
nota che su
Pagi Isnin yang sepatutnya tenang...
Fithri dan
Fiqhi pergi tadika dengan ayah menaiki motor.
Azwar demam
menangis sampai tak de suara.
Razi menangis
terpekik terlolong dekat grill tingkap sebab tak dapat ikut ayah.
Che Su
meneruskan kerja seperti biasa...
Jauh....Menjauh
Jauh...
Semakin
menjauh...
Walau itu
jalan yang kupilih suatu ketika dulu...
Tapi kini
telah ku menyesal...
Yup! Menjauhi.
Itu pilihan saya suatu ketika dulu. Ketika saya sedang patah hati dengan berat.
Bilamana janji-janji yang ditaburkan sering dimungkiri. Sewaktu kata-kata manis
sering didustai. Saya berkeputusan untuk menjauh. Kerana saya sudah terlalu
terluka.
Namun, hari
ini baru saya sedar. Rupanya itulah keputusan paling bodoh yang pernah saya
buat. Saya berkeputusan untuk menjauh. Dan saya yang menerima kerugian. Mereka?
Mereka tak pernah rugi apa-apa. Mereka tetap begitu. Meneruskan kehidupan
mereka seperti dulu. Terus menabur janji-janji manis...
Suatu hari
itu, saya pernah berkeputusan untuk kembali mendekat. Namun, hanya Allah sahaja
yang mengetahui sukarnya jalan kembali saya. Sehingga akhirnya saya kecewa
lagi.
Dan kini,
sudah beberapa kali saya mencuba untuk kembali mendekat dan bersatu. Namun,
ujian dan badai yang menimpa sering mematahkan usaha dan semangat saya.
Persoalannya, sampai bila? Sungguh persoalan ini bagai sembilu yang menusuk
lubuk hati yang paling dalam.....
Thursday, 11 July 2013
Keputusan UPU
Hari ni result UPU dah keluar. Bila
tengok reaksi kawan-kawan yang macam-macam -ada yang gembira, ada yang sedih,
ada yang kecewa, ada yang terkilan- teringat masa saya dulu cek result UPU
jugak.
Masa tu punya tinggi harapan dan keyakinan diri akan dapat kos dan universiti pilihan pertama. Tapi, alih-alih Allah bagi pilihan ketiga. Bila dapat tengok je keputusan masa tu, perasaan bercampur baur. Ketawa dalam tangisan. Sedih tapi paksa diri untuk redha.
Orang pertama yang saya bagitahu abang. Dia pun macam terkedu jugak. Tak sangka. Sebab pointer matrik saya kalau nak ikutkan cukup je nak masuk universiti pilihan pertama saya tu. Tapi ye lah, pentadbiran universiti kita pun tak tahu macam mana.
Kawan-kawan, cg, family suruh cuba buat rayuan. Tapi saya masa tu dah macam orang putus harapan. Lagipun saya jenis yang kalau doa saya akan sebut apa yang saya nak dan saya akan mintak Allah tunjukkan yang terbaik untuk saya. Which means kalau benda tu the best untuk saya, saya akan dapat. Dan sebaliknya.
So, bila dah tak dapat macam yang saya nak kan sangat tu, saya pun percaya yang Allah bagi ni betul-betul yang terbaik untuk saya. Jadi saya pujuk hati untuk redha dna terima. Dan betul, in sya Allah memang ni yang terbaik. Saya dah mula nampak hikmahnya saya tak masuk universiti idaman saya tu. Alhamdulillah....
Apa pun, saya bersyukur saya disini hari ini. Belajar, menuntut ilmu akademik, membina rangkaian persahabatan, in sya Allah semuanya terasa indah. Terlalu banyak untuk diteroka di sini. Moga saja Allah sentiasa meredai perbuatan saya. amin.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
