Friday, 26 July 2013

Peristiwa Jalan Masjid India

-Jalan Masjid India, Petang Jumaat yang redup.

*bunyi siren motor polis*

Polis    : Cik, cik tak boleh parking sini.
Che su : Iye encik. Kejap-kejap. Saya tunggu orang kejap. Nanti saya call panggil dia.
Polis    : Sini bukan tempat perking cik. Sini laluan bas. Susah ni cik. Cik kena alih kenderaan segera.
Che su : Iye encik. Ye ye. Kejap je encik ye. (Sambil pegang henpon buat gaya nak call orang.)

"tut tut.. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini. Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi beep."

Che su : Argh. Dah mana pulak ayah fithri ni.

*setengah/sejam kemudian*

Che su    : Eh, tu motor polis kat belakang tu. Sudah, dia saman keta belakang.
Ibu Fithri : Mana-mana?
Che su    : Tu kat belakang tu. Pah gano ni?
Ibu Fithri : Che su jalan che su. Jalan ke depan sana. Tak pasal kena saman naty.

Dengan berbekalkan separuh keyakinan dan tawakal kepada Tuhan, che su tekan clutch, masuk gear 1, tekan minyak, lepas clutch slow-slow, masuk dalam crowd, tukar gear 2.

Monolog hati che su : Argh, lampu merah pulak dah.

*Lampu isyarat hijau*

Kereta mati tiba-tiba. Gara-gara che su terlupa free gear dan nak jalan dengan gear 2.

Kereta belakang dah tekan hon bertalu-talu. Ibu Fithri dah menggelabah. Che su masih terkial-kial menghidupkan enjin kereta.

Ibu Fithri : Bakpo ni che su?
Che su    : Dok eh. Saloh gear.

Traffic light pertama berjaya dilepasi.

*Traffic light kedua*

Che su    : Nak bereti mano ni?
Ibu Fithri : Bereti tepi ni lah. Eh, tapi polis mari tu lek belakang tu.
Che su    : Gitu gak che su bereti depan lagi la.

Dan kejadian enjin kereta mati tetap berulang berkali-kali. Hon yang bertalu-talu dihadiahkan oleh kereta belakang kepada che su.

Monolog hati che su : Relax boh. Kawe lama tak bawok keto.

*Traffic light ketiga*

Che su    : Che su masuk lek kiri la. Cari parking tepi tuh.
Ibu Fithri : Ho, try lah. Naty nak try telepon ayah Fithri.

Monolog hati che su : Alhamdulillah...

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Macam kecoh je kan che su ni. Padahal bawak keta je pun. Lebih kurang 1 kilometer je pun che su bawak. Tapi, ye lah. Imagine che su dah dekat 2 tahun tak drive. Manual pulak tu. Kalau auto boleh tahan lagi nak bawak. Masuk gear tekan minyak je. Ni nak main dengan clutch, tukar-tukar gear lagi. Allah.

Alhamdulillah che su berjaya bawak keta tu. Alhamdulillah tak kena saman dengan polis. Alhamdulillah tak de polis tahan cek lesen ke apa. Sebab lesen memandu tak de ngan che su. Ada kat Kelantan sebab hari tu nak mintak tolong akak che su kat sana tolong renew. Tapi sampai ke hari ni dia tak sempat nak renew kan.

Apa pun, hari ni penuh pengajaran. Syukur Allah bagi ketenangan. Akak che su cakap :

"Mujur che su relax. Ibu gelabah dah."

Walhal hakikatnya dalam hati jantung lub dup lub dup macam nak tercabut. Uhuk uhuk uhuk. ^_^"

Semua ni sebab Allah bantu la. Bayang kalau che su gelabah tengah-tengah jalan tu. Dengan jammed nya tak payah cerita. Dengan polisnya duk ronda-ronda. Che su pun tak tahu apa yang akan terjadi. Masa ni teringat cikgu memandu che su pernah pesan :

"Awak bawak keta awak tak yah caro la ko ore blake nyo. Awak fokus ko keto awak jah."

Masa tu sama la jugak. Keta mati tengah-tengah jalan kat traffic light. Masa tu sebenarnya che su relaks je. Tak terfikir pun pasal orang belakang. Tapi agaknya cikgu tu takot che su panik, dia pun cakap la macam tu. Ehee. Alhamdulillah Allah senantiasa bagi ketenangan pada che su.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

*2.55 am*

Sampai rumah, mandi, sahur, tulis entry.

Pukul 7.30 karang tidur.

...................................................................................................................................................................

Oke, sekian.



No comments: