Monday, 23 December 2013

kenangan

Kenangan…
Bukan aku sombong tak mahu mengenang masa lalu.
Namun keperitan yang bertandang di hati tak siapa yang tahu.
Kenangan itu, terlalu pahit untuk ku telan.
Kerana aku hari ini bukan lagi seperti dulu.
Kerana aku makin jauh dari semua itu.
Mendapan di dada, hanya menanti masa untuk meledak.
Jangan dipaksa jangan ditekan.
Bimbang nanti ia meletus tiada tapisan.
Bebanan yang mendesak di jiwa.
Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya untuk melawan.
Kau, kau, dan kau.
Hanya tahu menghukum menghakimi tanpa asal usul kisah.
Aku tersungkur kau pandang sepi.
Sikit pun tiada usaha untuk kau tarik agar aku selamat.
Dan aku terus terkapai-kapai menyelamatkan diri dari karam.
Aku lemas dalam lautan dunia.
Dan aku sendiri berjuang berenang ke tepian.
Agar dapat ku berpijak di bumi kurniaan tuhan.
Meneruskan hidup secara normal.
Namun, aku tak tahu bila impian kan menjadi kenyataan.
Kerana aku semakin hari semakin karam.

Tak tahu juga bila kan berjaya berenang ke tepian…

No comments: