Sunday, 21 July 2013

Che Su dan Puding Karamel

Al-kisahnya, ntah mimpi apa abang ipar che su hari tu, dia teringin nak makan pudding karamel atau nama lain dia puding gula hangus. Katanya kakak che su, suami beliau tu memang ‘gila’ kan puding karamel.

Maka disebabkan che su pandai la jugak buat makanan bernama puding karamel tu, abang ipar pun request kat che su mintak che su buatkan puding karamel untuk santapan beliau. Che su pun iyakan aje la. Hajat orang, tak baik kita hampakan. Ye dak? (Terpujinya sikap che su ni. Hakhak)

Setelah bermain tali beberapa ketika dengan perasaan sendiri yang berbelah bahagi, maka semalam che su pun memulakan operasi ‘mengukus puding karamel’ khusus buat santapan abang ipar. (Ceyh!! Macam nak masakkan untuk suami aku je)

Namun memandangkan che su ni da lama tak ber’mesra’ dengan dapur gas serta periuk belanga, maka keyakinan che su untuk puding ni menjadi dengan jayanya setelah pertama kali cubaan adalah  50-50.

Ahhh!! Cakap banyak pun tak guna. Moh kita masuk ke dapur che su.

Tarikh : 21 Julai 2013

Masa kejadian : 9 pm

Kelihatan seseorang sedang mengendap-ngendap di kabinet dapur seperti sedang mencari sesuatu. Lepas satu satu pintu kabinet dapur itu dibuka dan ditutup beliau. Namun apa yang dicari masih belum ditemui. 

Lantas beliau memanggil seorang kanak-kanak yang sedang makan biskuat tiger harimau coklat cicah air oren di dapur tersebut.

"kak Fithri, tolong tanya ibu, loyang kat mana?"

Owh, rupanya orang itu adalah che su. Beliau ingin memulakan projeknya yang tak seberapa; "mengukus puding karamel hasil air tangan che su."

Loyang telah dijumpai. Maka dengan penuh keyakinan, che su masukkan gula dalam loyang dan meletakkannya di atas api. Tetapi, panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Gula yang dimasak terlebih hangus dan tidak rata ke permukaan loyang. Che su sudah mula menggelabah. 

"Oh, apakah yang harus aku lakukan?"

Loyang yang hangus dibasuh, dan langkah yang sama diulang kembali. Namun kali ini memori che su sudah mampu mengingat sedikit demi sedikit cara-cara membuat puding karamel yang pernah dilakukan beliau sebelum ini.

"Oke puan-puan. Nak buat puding karamel ni sebenarnya seeeeeeeeeeeeeeeeeeenang sangat. Mula-mula kita panaskan loyang atas api. Bila dah agak-agak loyang ni dah panas, kita taburkan gula sebanyak 1 sudu atau lebih. Memandangkan che su cuma guna loyang kecik, maka che su hanya menggunakan 2 sudu gula sahaja ye. Oh ye, jangan lupa ye puan-puan, pastikan gula tersebut rata ke seluruh permukaan loyang. Jangan tuang gula macam kalian nak buat air teh pulak. Main 'cuah' macam tu aje.

Jadi puan-puan, bila gula tadi dah mula mencair, kalian pegang loyang tersebut; pastikan pakai pengepit atau alas ye puan-puan, jangan kalian berpura-pura gagah perkasa macam badang pulak nak main pegang macam tu je loyang tu; dan ratakan gula yang mencair tadi bagi kena semua permukaan loyang. Perkara ini penting ye puan-puan, untuk memastikan 'kuah' puding karamel kita tadi 'menjadi' dan juga puding karamel senang diterbalikkan nanti.

Oke, sekarang kita dah selesai langkah pertama ye."

Ceh, macam pro je gaya penerangan. Ntah hape-hape. Tapi kalau korang nak tahu, buat puding karamel adalah benda paling senang dalam dunia ni. Umpama korang makan kacang rebus yang korang beli di gerai pasar pagi. 

Meh che su citer sikit steps dia.

Mula-mula masak gula macam che su cerita tadi. Make sure jangan sampai gula hangus tau. Nanti tak sedap kuah karamel korang tu.

Lepas tu korang panaskan air dalam pengukus. Pakai air paip pun tak pe. 

Sementara tunggu air menggelegak, korang amek blender, pecahkan dalam tu 10 biji telur, tuang 1 tin susu cair (che su prefer guna susu Ideal), air 1 cawan (better pakai air masak), gula secukup rasa. Dalam 7 ke 8 sudu dah ok kot. Nanti korang rasa la lepas siap blend.

Lepas tu semua bahan-bahan tadi, korang blend sampai betul-betul sebati. Kalau tak puding korang jadi kurang 'kick' dan rupa dia pun kurang cantik nanti. Dalam 5 ke 10 minit korang blender tu, rasa la, manis tak korang punya acuan tu.

Ok, sekarang air dah mendidih, bahan-bahan dah siap blend, apa lagi, startla kukus. Oh ye, bahan-bahan yang di'blend' tadi tu, korang tuang dalam loyang yang ada gula yang korang masak tadi. Pastu letakkan dalam pengukus.

Dah!! Boleh tinggal dalam 30-40 minit, lepas tu datang la jenguk semula. Pastikan air dalam pengukus tak kering. Kalau agak-agak dah nak kering, tambahla air panas baru. (Jangan tambah air sejuk)

*40 minit berlalu*

Ting!!!

"Baiklah puan-puan, mari kita lihat puding karamel kita dah masak atau belum. Bagaimana ye nak tahu puding karamel ni betul-betul masak atau belum? Kalau che su senang je. Che su ambil pisau, cucuk dalam puding tu. Kalau dekat pisau tu tak de melekat bahan-bahan dia, maka puding kita dah masak la tu maksudnya ye puan-puan.

Lepas tu, puan-puan tutup api, angkat loyang berisi puding yang telah siap di masak tadi, dan biarkan sehingga sejuk. Sementara nak tunggu sejuk ni, puan-puan bolehla buat pekerjaan lain dulu ye. Nak pergi mandikan anak ke, nak pergi bersenam ke. Pergi lah buat apa-apa saja. Dalam sejam lebih-lebih nanti, puan-puan datang lah balik tengok puding puan-puan dah sejuk atau belum."

Letih pulak dah che su nak bercakap. Oke, lepas dah pastikan puding tu dah betul-betul sejuk, korang ambik pinggan, telungkupkan loyang atas pinggan tu. 

Tada!!!

http://1.bp.blogspot.com/-EnWz84YAC_Q/UexhMiGFQdI/AAAAAAAAAA4/UvvR67Z0GGc/s1600/images.jpg

Siap dah puding karamel chef che su. Marvellous tak? Ngehngehngeh.

Oke tipu. Tu gambar dari google. Puding karamel che su tak de meletops macam tu sekali. Che su kan baru-baru je nak belajar kenal dapur.

Alright!! Che su pun dah penat tulis panjang-panjang. Sekian dulu ye kawan-kawan.

Daaaaa... *wave hand*


No comments: